Novel ni hasil idea aku sendiri.. so korng boleh folow kalau nak. Berangan nk bukukan tp ape kn daya, xtercapai.. aku start tulis novel ni dr tahun 2009 lg.. so aku paparkan utk korng k..
Bab 1
Hatinya sakit bagai di tusuk sembilu mana tidaknya orang yang di benci akan bersamanya untuk menghabiskan masa setahun di sekolah itu “macam mana la aku boleh sekelas lagi dengan mamat ni?” bisik fara pada kawan baiknya dila. “aku rasa la kau memang ada jodoh dengan dia tau, cuba kau bayangkan sejak dari tingkatan satu sampai dah nak habis sekolah masih lagi sekelas dengan dia”. Fara mencemikkan muka tanda protes. “ha buat muka, aku cakap kau tak percaya kau tengok mamat tu datang sini la nak jumpa kekasih lama dia la tu” usik dila.
ADLY SYAFIQ nama yang dia tak akan lupa sehingga kini, insan yang pernah mencuri hatinya sejak dia mula menjejakkan kaki ke sekolah itu dan nama itu juga telah mencipta sejarah hitam buatnya di sekolah itu. Terkenang kembali kisah tiga tahun lepas dimana mereka berdua dipanggil ke bilik pengetua atas kesalahan yang berlaku di sebuah kelas di mana mereka berdua di tangkap oleh pengawas kerana berdua-duaan di dalam kelas itu. Fara percaya perkara yang berlaku sudah dirancang oleh shima dengan tujuan untuk membalas dendam atas sebab fara melaporkan pada guru disiplin tentang shima dan dua orang kawannya merokok di tandas sekolah itu sehingga menyebabkan shima digantung sekolah . “hai, tak sangka ya kita sekelas lagi”, sapa adly tetapi tidak dihiraukan adila kerana dia masih tekenangkan saat shima menemuinya dalam keadaan marah dan berkata ingin membalas dendam atas apa yang telah terjadi padanya. “kenapa pulak minah ni, termenung jauh nampaknya. Cek fara oi, jauh termenung da sampai mana tu?,”tegur dila. “eh, mana ada aku termenung merepek saja kau ni. saya cek adly, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Fara berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.
ADLY SYAFIQ amat tertarik dengan wajah itu, senyumannya, jelingan matanya sering mengganggu fikiran. FARA NATASYA insan yang tidak pernah hilang dari kotak fikirannya. Sejak pertama kali berjumpa dia mula terpikat dengan sikap tegas tetapi sopan gadis itu. Senyuman farah sentiasa akan menggetarkan jiwanya, lesung pipit Dia terlalu ingin memiliki tetapi dia sendiri tewas dengan sikap egonya dan tidak mahu tewas dengan perasaannya sendiri. “lama juga kita tak jumpa kan?, kau dah tak pergi ke taman tu lagi ke?”, Tanya adly.“ha? Taman apa? Mana ada aku pergi taman, kau salah orang kot!”, sangkal fara.“oh, mungkin juga aku salah orang, tapi aku rasa mata aku belum rabun lagi untuk tengok kau bergurau dengan anak-anak yatim tu, betul tak?,” peril adly. Fara cuba menyorokkan mukanya yang merah padam. ”oit yang kau diam saja kenapa?, ”sampuk dila tanda tidak berpuas hati dengan reaksi fara. Fara berasa dirinya terikat dengan kata-kata adly, dia tidak dapat lari lagi, dia harus mencari topik lain untuk dibualkan.“eh, dila petang ni kau teman aku pergi pasaraya boleh? Aku ingat nk beli alat tulis la, barang aku banyak yang sudah tiada,” cadang fara. Adly dapat menjangka fara cuba melarikan diri dari kenyataan yang diberi.“Ok jugak tu, aku pun ada banyak barang nak beli ni, adly jom la ikut kami sekali,” ajak dila.“betul kau ajak aku sekali? Tak pe ke kalau aku ikut? Orang tu tak marah ke?,” soal adly bertubi-tubi. “yang kau tanya banyak soalan ni kenapa? Aku sudah ajak tu ikut saja la.” Marah dila “ok la kalau macam tu, aku ikut. Tidak apa kan cik fara?”. Sambil tersenyum kemenangan.