Followers
October 15, 2011
October 12, 2011
in charge part 2.
***hati aku manyak gumbira cz dpt menjalankn kerja dgn baik even ade yg rompong..
Utk tgk in charge part 1 klik kt cni.. n LIKE kalau korng suka sgt..
October 11, 2011
in charge..
Aduh,, sakit seluruh kaki ku.. Penat sgt keje hari ni.. Penat menolak troli gegasi yg penuh dgn ubat, 1 patient 10 biji ubat.. Nk muntah aku tgk ubat patient.. Hari ni aku incharge ubat.. 1 ward aku kene bg ubat,, ambil ubat kt farmasi,, indent ubat,, ambil DDA kt farmasi 1st floor... Total patient kt ward aku ade 23 org, tu tak termasuk extension bed n center bed.. mmg tak terkira.. sangat penat.. Aku start bg ubat pg pukul 8am, pukul 10 am baru siap,,, korang bayangkan mcm mana punya lama.. Sambil tengah sibuk cari ubat patient Doktor pon sibuk la oder ubat STAT sesukahatidia.. Ubat IV 8am pon aku bg pukul 12nn.. Kesian patient.. *minta maaf makcik, pakcik sy tak sempat bg ubat ikut waktu yg betul,, sy budak baru belajar... TQ kt akak senior A.K.A mentor aku yg byk tolong aku.. ubat yg aku slalu bg pon aku lupa mcm mana rupanya.. punya la kelam kabut..
October 10, 2011
hangout with my lovers..
Assalamualaikum..
hik..hik..hik.. (gelak mcm dugong gemok )
Post kali ni aku saja nk cerita kt korng tentang kegilaan aku adik beradik (tak termasuk Fareez Fadli)..
Bila kami da start bertiga mula la perkara gila yg ktorg buat.. Tapi bila time gado, nk pecah rumah.. pening kepala mak aku...
Tanggal 8 okt 2011
Korng tengok berita tak pasal PM kite pg melawat selangor?
salah satu tempat yg die malawat adlah Taman Sri Gombak tempat aku menetap,, tp aku bukan nk cerita psl PM, aku nk cerita pasal aku adik beradik.. Kitaorg tau PM dtg Sri Gombak tp malas nk g sbb sure ramai org, tak kan dapt nya ktorg nk bersalam ngan PM, so ktorg just merayap je kt Pasar malam kt situ, masa tu da pukul 5pm,, ktorg redah je walauun cuaca mcm da mendung.. Ktorg naik teksi dr rumah ke pasar malam,, Beli apa yg patut.. mak aku pesan tak payah beli makanan sebab nnt lauk kt umah xde sapa nk makan so ktorg beli bekalan masa ktorg kt Taman Tasik Sri Gombak je.. sebenarnya matlamat utama ktorg nk pg pasar malam ni sbb nk beli CD cerita Bini-bini ku gangster.. skali kedai cd xbukak pulak (pembeli cd cetak rompak yg tegar),, So ktorg beli kuih agar2 yg cantik n sedap, pizza 1 potong RM2 kalau beli 3 RM5.. cukup la utk ktorg 3 org n beli air kt kedai makcik kedekut.. malas nk komen.. lps dr membeli belah tu ktorg g Taman tasik jalan kaki je sdd nk jimat duit.. dah la aku bwk budak kecik tu.. penat sungguh dokong die,, xmau jalan pulak.. berganti2 la aku ngan adik adik aku..
mpi je kt Taman tasik aku lepaskn bella main kt Play Ground tu, ktorg pon melantak ape yg ktorg beli..
Peh.. (muke dugong malantak kesedapan) sedap gile pizza tu.. smbil mkn snap pict ckt..
ni adik aku no 3 Frahani Fadli, baru form5 ok..
Ni adik aku no2, da keje, 18 thn.. cewah promote ni..
ni dugong tgh melayan perasaan..
Ni time nk balik.. yg lelaki tu abg si bella.. ktorg jmpe die kt kedai mkn ngan mak die,, skali mak die tglkn die ngan ktorg yg balik naik teksi ni.. mak die g merempit ngan ayah die..
Tepat pukul 7pm ktorg jejak kaki kt rumah.. Fuh.. mak tak marah.. huhuhuuhu..
October 8, 2011
terkesima..
Terkesima bukan takashima ok..
aku saja nk cerita kt korang detik-detik aku melangkah masuk ke restoran Sany Char Kuew Tiaw kt titiwangsa hmpir semua org kt situ pndang aku.. aku pon rasa pelik, aku tnya mak aku, mak aku jawab sbb aku pki uniform.. *fine aku lupe aku pki uniform nurse msk kt restoran tu.. mmg la org pndang aku.. siap ade yg pgl misi lg.. malu aku, nk oder makanan pon aku malu.. wawawawawa...
aku perasan ramai gak artis lepak makan kt situ.. aku jmpe leya, amani, bront n ramai lg.. so korng boleh la singgah mkn kt situ.. mmg ramai gile org tp service die cpt.. n mesti la sedap, kalau x takkn org ramai kn?
nama restoran tu SANY CHAR KUEW TIAW kt Titiwangsa.. dkt blakang Istana Budaya..
ni view restoran tu dr depan.. mmg ramai org..
October 4, 2011
Warna Putih Itu
Berpicture before g keje..
*aku mmg suke amik gmbar.. bkn nk bangga tp bersyukur atas kurniaan yg esa.. xjemu mata aku memandang, kalau korng jemu sila tgk kt topik lain k... hahaha *gelak kambing..
"ok misi farahin nk g bertugas.. moga hari2 akn datang aku akan tersenyum seperti hari ini, lepaskan yang sakit itu, biar ia pergi sebagai kenangan.. hari-hari mendatang akan ku tuju dgn penuh semangat" bercakap pd diri sendiri utk sejukkn hati yg membara,, yg penting hanya aku yg tahu..
Jabatan Nephrology part 2
Ok, hari ni aku nk cerita kt korng ape yg aku da blaja slama 2 hari aku kt ward nephrology..
First :
Serve Medications:
kenapa ade 's'? sbb ubat patient mmg banyak sgt coz mostly patient yg ade penyakit renal ni akn menghidapi pelbagai simptom penyakit contohnya : Blood pressure high,
Edema (pengumpulan cecair dlm bdn yg berlebihan), jangkitan pd kulit, feces (taik) kurang lawas n ect...
So pg td mcm2 ubat yg aku serve, antaranya Metoprolol, Peridropril, Frusemide (lasix), Nifedipine, Ranitidine, Cardiprin, HCTZ, Isodil, Hematinic, n ect.. byk lg sbenarnya tp da xingat..
Second:
aku assist Doktr siinsert Internal Jagular Catheter.. Ia bertujuan sbg port utk patient Haemodalisis (cuci darah).. tak perlu ke OT (operation tearter / dewan bedah) doktor cuma buat kt bilik prosedur je..
Third:
CIPD stand for i dont know.. sbb tak sempat nk salin mase akak senior bg tau.. cuma yg aku tau ia bertujuan utk cuci bahagian Peritonial (dasar perut), yg bestnya kt ward ni guna mesin, bkn manual.. kalau manual mmg tercabut sume kulit tangan aku sbb kne hand rub dengan lebih kerap.. aku kne blaja cara pasang semua beg tu kt mesin.. 1 patient lebih kurang 30 cycle.. so 1 cycle guna 500ml Dextrose 1.5% maknanya 3000ml Dextrose 1.5% akn dimasukkn ke dalam perut patient *bukan semua k, mesin akn secara outonye in out kn air tu, so bila hbs sume air yg dimasukkn patient akan balik rumah, n dtg balik ward mgu dpn utk buat CAPD lg..
Ni la mesin yg ward aku gunakan.. Byk step nk kne ingat mase connectkn semua bag air ni.. fuh.. mmg penat n hangat.. aku da tak payah g sauna or Gim utk kuruskn badan ok..
Ni pict utk korng lebih jelas lg ape sbenanya tujuan CAPD ni..
*pict ni tunjuk secara manual
Ni just selingan je.. for ur information, semua patien yg staff nurse da pasang CAPD ni mmg xboleh tinggalkn katil sbb tubing tu xboleh cabut selagi air tu xhabis.. so if patien nk PU (pass urin) or nk BO (bowel open) misi kene bg badpan n misi ni akan cucikan ok..
So itu saja utk aku kongsikn pd korng.. if aku ade blaja a new things aku akn kongsikn ngan korng..
bye..
click kt cini utk tgk Jabatan Nephrology Part 1
October 3, 2011
bye roommate, eh hi new roomate part 2
hari ni aku dapat 2 perkara baru
1. start keje kt ward baru
2. aku dpt roommate baru..
ok, so far roomate baru aku ni ok kot, hahaha.. name pon aku xtau lg sbb x sempat nk berkenalan..aku balik keje kul 5.. n die kluar.. bile die balik bilik aku ngah tido n xprasan pon die da g keje (night shiff).. so esk2 ade masa lg aku nk berkenalan...
aku perasan muke die td cume mate aku ni berat sgt nk bkk.. aku rase aku kenal roommate aku ni.. xpe la esk aku perkenalkn kt korng k.. hahaha...
harap-harap roommate aku bkn mcm dlm crite ni.. (cewah mcm aku ni hot sgt)
Bila da ade roommate, perkara yg aku xboleh buat :
1. bukak lagu korea kuat2
2. xleh nk practice menari (nk kuruskn badan, ikot group 2pm menari)
3. xboleh nk membuka sesuka hati
4. kene jaga perlakuan
5. gado ngan bucuk on the phone.. hahahaha
6. mlm2 xleh nk berjiwang2 sgt ngan bucuk (takot nnt tau2 ade muntah kt tepi katil aku
tekan sini utk tgk bye roomate, eh hi new roomate part 1
Jabatan Nephrology
Today is my first day working at Nephrology unit. *wah..speeking nih.. At the first time i walk in to that ward i feel palpitation (berdebar-debar) coz i never know how the ward is look alike.. (mcm hebat je speeking, padahal berterabor.. mcm haram) OK cukup setakat tu.. aku crite mix ngan ENGLISH ok.. Starting today i have to try speking english coz ward tu semua staff hebat2 belaka.. aku jd takot..
Now what is NEPHRO?
Nephro ialah ginjal, apa itu Ginjal? ginjal is Nephro *ok tak lawak..
Ginjal / buah pinggang ni berfungsi sbg penapis dlm badan kita.. Buah pinggang merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya ginjal ni utk mengekalkan imbangan homeostatik cecair dalam badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolik (seperti urea *air kencing) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).
So bila da banyak menapis bahan yg tak diperlukan oleh badan contoh : bahan perisa makanan, gam yg terdapat pd makanan segera,pewarna makanan, makanan ringan, air berkarbonat n ubatan yg diambil dalam jangka masa yg lama akan menyebabkan kerosakan ginjal.
Ok, mesti korng yg x tau pasl perubatan ni pening sikit, xpe sbb aku pon xpaham sgt.. *hahahahaha gelak mcm lawak sgt..
utk post ni aku cume nk bg tau a.k.a nasihat supaya mengurangkn mkan makanan yg tak berapa sihat ni, contoh? tak yah la sbb ramai yg da tau kan.. nnt tak pasal2 aku kne saman pulak..
next post aku bg tau psl penyakit buah pinggang / ginjal / nephro / renal n what ever..
bye..
Post ni bkn HOD (Head of Department) aku yg suroh k..
hahahahahaa....
October 1, 2011
cinta untuk kamu
Novel ni hasil idea aku sendiri.. so korng boleh folow kalau nak. Berangan nk bukukan tp ape kn daya, xtercapai.. aku start tulis novel ni dr tahun 2009 lg.. so aku paparkan utk korng k..
Bab 1
Hatinya sakit bagai di tusuk sembilu mana tidaknya orang yang di benci akan bersamanya untuk menghabiskan masa setahun di sekolah itu “macam mana la aku boleh sekelas lagi dengan mamat ni?” bisik fara pada kawan baiknya dila. “aku rasa la kau memang ada jodoh dengan dia tau, cuba kau bayangkan sejak dari tingkatan satu sampai dah nak habis sekolah masih lagi sekelas dengan dia”. Fara mencemikkan muka tanda protes. “ha buat muka, aku cakap kau tak percaya kau tengok mamat tu datang sini la nak jumpa kekasih lama dia la tu” usik dila.
ADLY SYAFIQ nama yang dia tak akan lupa sehingga kini, insan yang pernah mencuri hatinya sejak dia mula menjejakkan kaki ke sekolah itu dan nama itu juga telah mencipta sejarah hitam buatnya di sekolah itu. Terkenang kembali kisah tiga tahun lepas dimana mereka berdua dipanggil ke bilik pengetua atas kesalahan yang berlaku di sebuah kelas di mana mereka berdua di tangkap oleh pengawas kerana berdua-duaan di dalam kelas itu. Fara percaya perkara yang berlaku sudah dirancang oleh shima dengan tujuan untuk membalas dendam atas sebab fara melaporkan pada guru disiplin tentang shima dan dua orang kawannya merokok di tandas sekolah itu sehingga menyebabkan shima digantung sekolah . “hai, tak sangka ya kita sekelas lagi”, sapa adly tetapi tidak dihiraukan adila kerana dia masih tekenangkan saat shima menemuinya dalam keadaan marah dan berkata ingin membalas dendam atas apa yang telah terjadi padanya. “kenapa pulak minah ni, termenung jauh nampaknya. Cek fara oi, jauh termenung da sampai mana tu?,”tegur dila. “eh, mana ada aku termenung merepek saja kau ni. saya cek adly, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Fara berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.
ADLY SYAFIQ amat tertarik dengan wajah itu, senyumannya, jelingan matanya sering mengganggu fikiran. FARA NATASYA insan yang tidak pernah hilang dari kotak fikirannya. Sejak pertama kali berjumpa dia mula terpikat dengan sikap tegas tetapi sopan gadis itu. Senyuman farah sentiasa akan menggetarkan jiwanya, lesung pipit Dia terlalu ingin memiliki tetapi dia sendiri tewas dengan sikap egonya dan tidak mahu tewas dengan perasaannya sendiri. “lama juga kita tak jumpa kan?, kau dah tak pergi ke taman tu lagi ke?”, Tanya adly.“ha? Taman apa? Mana ada aku pergi taman, kau salah orang kot!”, sangkal fara.“oh, mungkin juga aku salah orang, tapi aku rasa mata aku belum rabun lagi untuk tengok kau bergurau dengan anak-anak yatim tu, betul tak?,” peril adly. Fara cuba menyorokkan mukanya yang merah padam. ”oit yang kau diam saja kenapa?, ”sampuk dila tanda tidak berpuas hati dengan reaksi fara. Fara berasa dirinya terikat dengan kata-kata adly, dia tidak dapat lari lagi, dia harus mencari topik lain untuk dibualkan.“eh, dila petang ni kau teman aku pergi pasaraya boleh? Aku ingat nk beli alat tulis la, barang aku banyak yang sudah tiada,” cadang fara. Adly dapat menjangka fara cuba melarikan diri dari kenyataan yang diberi.“Ok jugak tu, aku pun ada banyak barang nak beli ni, adly jom la ikut kami sekali,” ajak dila.“betul kau ajak aku sekali? Tak pe ke kalau aku ikut? Orang tu tak marah ke?,” soal adly bertubi-tubi. “yang kau tanya banyak soalan ni kenapa? Aku sudah ajak tu ikut saja la.” Marah dila “ok la kalau macam tu, aku ikut. Tidak apa kan cik fara?”. Sambil tersenyum kemenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)