Followers

October 3, 2011

bye roommate, eh hi new roomate part 2


hari ni aku dapat 2 perkara baru
1. start keje kt ward baru
2. aku dpt roommate baru..

ok, so far roomate baru aku ni ok kot, hahaha.. name pon aku xtau lg sbb x sempat nk berkenalan..aku balik keje kul 5.. n die kluar.. bile die balik bilik aku ngah tido n xprasan pon die da g keje (night shiff).. so esk2 ade masa lg aku nk berkenalan...

aku perasan muke die td cume mate aku ni berat sgt nk bkk.. aku rase aku kenal roommate aku ni.. xpe la esk aku perkenalkn kt korng k.. hahaha...


harap-harap roommate aku bkn mcm dlm crite ni.. (cewah mcm aku ni hot sgt)


Bila da ade roommate, perkara yg aku xboleh buat :
1. bukak lagu korea kuat2
2. xleh nk practice menari (nk kuruskn badan, ikot group 2pm menari)
3. xboleh nk membuka sesuka hati
4. kene jaga perlakuan
5. gado ngan bucuk on the phone.. hahahaha
6. mlm2 xleh nk berjiwang2 sgt ngan bucuk (takot nnt tau2 ade muntah kt tepi katil aku



Jabatan Nephrology

     
        Today is my first day working at Nephrology unit. *wah..speeking nih.. At the first time i walk in to that ward i feel palpitation (berdebar-debar) coz i never know how the ward is look alike.. (mcm hebat je speeking, padahal berterabor.. mcm haram) OK cukup setakat tu.. aku crite mix ngan ENGLISH ok.. Starting today i have to try  speking english coz ward tu semua staff hebat2 belaka.. aku jd takot.. 


         
Now what is NEPHRO?
Nephro ialah ginjal, apa itu Ginjal? ginjal is Nephro *ok tak lawak..
Ginjal / buah pinggang ni berfungsi sbg penapis dlm badan kita.. Buah pinggang merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya ginjal ni utk mengekalkan imbangan homeostatik cecair dalam badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolik (seperti urea *air kencing) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

So bila da banyak menapis bahan yg tak diperlukan oleh badan contoh : bahan perisa makanan, gam yg terdapat pd makanan segera,pewarna makanan, makanan ringan, air berkarbonat n ubatan yg diambil dalam jangka masa yg lama akan menyebabkan kerosakan ginjal.


Ok, mesti korng yg x tau pasl perubatan ni pening sikit, xpe sbb aku pon xpaham sgt.. *hahahahaha gelak mcm lawak sgt..

utk post ni aku cume nk bg tau a.k.a nasihat supaya mengurangkn mkan makanan yg tak berapa sihat ni, contoh? tak yah la sbb ramai yg da tau kan.. nnt tak pasal2 aku kne saman pulak.. 
next post aku bg tau psl penyakit buah pinggang / ginjal / nephro / renal n what ever..
bye..

Post ni bkn HOD (Head of Department) aku yg suroh k..
hahahahahaa....

October 1, 2011

cinta untuk kamu


 
Novel ni hasil idea aku sendiri.. so korng boleh folow kalau nak. Berangan nk bukukan tp ape kn daya, xtercapai.. aku start tulis novel ni dr tahun 2009 lg.. so aku paparkan utk korng k..

 Bab 1
Hatinya sakit bagai di tusuk sembilu mana tidaknya orang yang di benci akan bersamanya untuk menghabiskan masa setahun di sekolah itu “macam mana la aku boleh sekelas lagi dengan mamat ni?” bisik fara pada kawan baiknya dila. “aku rasa  la kau memang ada jodoh dengan dia tau, cuba kau bayangkan sejak dari tingkatan satu sampai dah nak habis sekolah masih lagi sekelas dengan dia”. Fara mencemikkan muka tanda protes. “ha buat muka, aku cakap kau tak percaya kau tengok mamat tu datang sini la nak jumpa kekasih lama dia la tu” usik dila.
ADLY SYAFIQ nama yang dia tak akan lupa sehingga kini, insan yang pernah mencuri hatinya sejak dia mula menjejakkan kaki ke sekolah itu dan nama itu juga telah mencipta sejarah hitam buatnya di sekolah itu. Terkenang kembali kisah tiga tahun lepas dimana mereka berdua dipanggil ke bilik pengetua atas kesalahan yang berlaku di sebuah kelas di mana mereka berdua di tangkap oleh pengawas kerana berdua-duaan di dalam kelas itu. Fara percaya perkara yang berlaku sudah dirancang oleh shima dengan tujuan untuk membalas dendam atas sebab fara melaporkan pada guru disiplin tentang shima dan dua orang kawannya merokok di tandas sekolah itu sehingga menyebabkan shima digantung sekolah . “hai, tak sangka ya kita sekelas lagi”, sapa adly tetapi tidak dihiraukan adila kerana dia masih tekenangkan saat shima menemuinya dalam keadaan marah dan berkata ingin membalas dendam atas apa yang telah terjadi padanya. “kenapa pulak minah ni, termenung jauh nampaknya. Cek fara oi, jauh termenung da sampai mana tu?,”tegur dila. “eh, mana ada aku termenung merepek saja kau ni. saya cek adly, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Fara berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.
 ADLY SYAFIQ amat tertarik dengan wajah itu, senyumannya, jelingan matanya sering mengganggu fikiran. FARA NATASYA insan yang tidak pernah hilang dari kotak fikirannya. Sejak pertama kali berjumpa dia mula terpikat dengan sikap tegas tetapi sopan gadis itu. Senyuman farah sentiasa akan menggetarkan jiwanya, lesung pipit  Dia terlalu ingin memiliki tetapi dia sendiri tewas dengan sikap egonya dan tidak mahu tewas dengan perasaannya sendiri. “lama juga kita tak jumpa kan?, kau dah tak pergi ke taman tu lagi ke?”, Tanya adly.“ha? Taman apa? Mana ada aku pergi taman, kau salah orang kot!”, sangkal fara.“oh, mungkin juga aku salah orang, tapi aku rasa mata aku belum rabun lagi untuk tengok kau bergurau dengan anak-anak yatim tu, betul tak?,” peril adly. Fara cuba menyorokkan mukanya yang merah padam. ”oit yang kau diam saja kenapa?, ”sampuk dila tanda tidak berpuas hati dengan reaksi fara. Fara berasa dirinya terikat dengan kata-kata adly, dia tidak dapat lari lagi, dia harus mencari topik lain untuk dibualkan.“eh, dila petang ni kau teman aku pergi pasaraya boleh? Aku ingat nk beli alat tulis la, barang aku banyak yang sudah tiada,” cadang fara. Adly dapat menjangka fara cuba melarikan diri dari kenyataan yang diberi.“Ok jugak tu, aku pun ada banyak barang nak beli ni, adly jom la ikut kami sekali,” ajak dila.“betul kau ajak aku sekali? Tak pe ke kalau aku ikut? Orang tu tak marah ke?,” soal adly bertubi-tubi. “yang kau tanya banyak soalan ni kenapa? Aku sudah ajak tu ikut saja la.” Marah dila “ok la kalau macam tu, aku ikut. Tidak apa kan cik fara?”. Sambil tersenyum kemenangan.
bersambung..

September 28, 2011

resepi baru


Biase la kan bile time tengah gawat, musim kemarau, poket kering mcm2 makanan la yg kita nk mkn..
tapi ni aku nk kongsi dgn korng 1 resepi..
Hari ni aku jmpa resepi baru utk aku mkn + dap berjimat gak.. hahaha.. kalau mak aku tgk ape yg aku mkn ni mesti la mak aku menangis, ye la anak die mkn roti je.. tp xpe mak, org nk berdiet n berjimat.... 
ni la yg aku mkn.. 







tarrrrraaaaaaaaaaa..
ha, ni la mkanan yg aku reka sendiri, Ni resepi die kalau korng nk cuba..

Roti Telur Sambal

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Roti (xkesah la brape buku roti yg korng nk mkn)
2. Telur ayam yg belum d rebus (ikut kesesuaian jumlah roti yg korng nk mkn)
3. sambal ikan bilis (xkesah la buad sendiri or beli)
4. Cili sos (aku pki cili sos MD yg ade je)

Cara-cara membuat:
1. campurkan telur dengan sambal ikan bilis dan kacau sampai sebati
2. masukkn dlm microwave dlm 20 saat smpi telur msk (aku pki microwave sbb kt asrama xleh bwk dapor, so korng yg kt rumah tu boleh gune dapor k)
3. buat mcm telur hancur.
4. letak kt roti n makan la ape lg.. (letak cili sos kalau nk lg pedas)

Tu je.. adik korng 5 tahon pon boleh buat, so jgn ade alasan xpandai masak k..

Selamat mencuba
: ))

September 27, 2011

Kadang -kadang kita tak sedar ada org yg betul-betul sayangkn kita..
Bila sesuatu perkara tu berlaku bari kita sedar.. kenapa?
kerana setiap manusia akan diuji kekuatan dan keimanannya pada TUHAN, apabila semakin dekat dirinya pd TUHAN, semakin byk ujian yg akn dilalui.. Semua manusia akan di uji tak kira sekecil-kecil masalah yang akan dialami...

Sebagai seorang manusia tak lari dari membuat 1 kesilapan , kita harus tunduk pada yang ESA, hanya pada-NYA kita dapat menebus segala kesalahan yang kita lakukan, sujut padanya, tadah tangan meminta keampunan dengan penuh keinsafan..

Tetapi apabila kita membuat kesilapan pd sesama manusia haruslah kita meminta maaf dengan hati yang  ikhlas tanpa ada perasaan dendam, dan ego..  Setiap manusia akan tewas dengan perasaan pentingkan diri sendiri sedangkan mereka tidak fikir nilai memaafkan lebih tinggi dari yang meminta maaf..


*sy bukan ustazah, cikgu @ pensyarah
tetapi hanya manusia biasa yg sentiasa membuat kesilapan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

jgn lpe bg moimoi sy mkn eh...